Pemain skuad kebangsaan Jepun yang ketika ini menjalani tempoh pinjaman bersama Real Mallorca daripada Real Madrid, Takefusa Kubo dikhabarkan tidak berada dalam perancangan pengurus Los Blancos, Zinedine Zidane sekaligus terus dipinjamkan ke pasukan lain pada musim mendatang.

Zidane telah berjumpa dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez dan beliau memberikan tiga senarai pemain yang tiada dalam perancangannya bagi saingan musim hadapan. Selain Kubo, dua lagi pemain yang dipercayai dalam senarai tersebut ialah Brahim Diaz dan Alvaro Odriozola yang kini dipinjamkan ke Bayern Munich.

Takefusa
Sumber Gambar: Bleacher Report

Ramai pihak menjangkakan Kubo akan membarisi pasukan utama Real Madrid sekaligus memberikan saingan kepada pemain seperti Gareth Bale, Lucas Vazquez dan Rodrygo Goes. Namun, Zidane berpendapat pemain berusia 19 tahun itu belum bersedia dan Kubo serta-merta dihantar ke Real Mallorca bagi meningkatkan lagi kualiti yang dimiliki sekaligus menimba lebih banyak pengalaman.

Bersama Mallorca, Takefusa Kubo menampilkan persembahan memberangsangkan apabila beliau menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan terakhir sekaligus menghidupkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran dan kekal dalam saingan La Liga musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Jepun di sini:

AZ Alkmaar Tandatangan Pemain Jepun Berusia 19 Tahun Dengan Kontrak Penuh Sehingga Musim 2025

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi

Pemain U17 Jepun, Jun Nishikawa Dijangka Tandatangan Kontrak Bersama Barcelona Bulan Depan