Pemain muda Jepun yang sedang hebat menjadi bualan di eropah ketika ini, Takefusa Kubo dilaporkan oleh media Sepanyol akan menyertai pasukan Villarreal musim hadapan secara pinjaman.

Pemain Real Madrid itu sebelum ini beraksi untuk Mallorca, tetapi selepas kelab itu terjerumus ke saingan divisyen 2, Takefusa Kubo telah dikaitkan dengan beberapa pasukan La Liga lain seperti Real Sociedad bagi mencari lebih pengalaman sebelum beraksi untuk skuad Los Blancos.

Berusia 19 tahun, Takefusa Kubo yang memang fasih berbahasa Sepanyol itu dijangka akan menjalani ujian perubatan hari ini sebelum diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru Villarreal sebelum menyertai latihan rasmi yang dijadualkan pada 12 Ogos 2020.

Penyertaan Takefusa Kubo itu juga menurut laporan media dari Sepanyol adalah bagi menggantikan ‘lompong’ yang ada selepas Santi Cazorla meninggalkan Villarreal untuk menyertai kelab dalam saingan Qatar Stars League iaitu Al-Sadd yang kini dibimbing oleh Xavi.

Musim 2019/2020 ini, pasukan Villarreal berjaya menamatkan kedudukan ditempat ke-5 La Liga seterusnya membolehkan mereka menerima slot peringkat kumpulan saingan UEFA Europa League 2020/2021 bersama-sama dengan Real Sociedad.

Pengalaman serta pendedahan berkualiti tinggi yang dimiliki oleh Takefusa Kubo kini, bakal memberikan faedah besar kepada skuad kebangsaan Jepun bagi tempoh jangkamasa panjang selain beberapa lagi pemain sebaya lain di eropah yang bakal membentuk skuad Jepun yang lebih mantap tidak lama lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

‘The Hard Truth’: Perspektif Peribadi Pemain Mengenai Isu ‘Double Contracts’ Dalam Liga Malaysia

Jun Nishikawa Bakal Disambar Lille OSC Pada Harga RM12.5 Juta, Tahun Pertama Dipinjamkan Ke Liga Belgium

Kedah Perlukan RM25 Juta Untuk Melengkapkan Musim 2020, Tunggakan Gaji 5 Bulan Akan Diselesaikan Selepas Berunding