Hasrat peminat bola sepak di rantau Asia yang mahu melihat pemain muda Jepun, Takefusa Kubo beraksi bersama pasukan utama Real Madrid nampaknya tidak kesampaian apabila pemain itu semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan dengan menyertai Real Mallorca secara pinjaman sehingga penghujung musim 2019/2020.

Sebelum ini, Kubo dikhabarkan bakal menyertai Real Valladolid secara pinjaman. Namun menurut laporan Mundo Deportivo , beliau menukar fikiran dan memutuskan untuk menyertai kelab yang dinaikkan pangkat ke saingan La Liga musim ini iaitu Valladolid.

Takefusa Kubo Madrid

Takefusa Kubo
Sumber Gambar: AS

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane sebelum ini menegaskan beliau tidak mahu terburu-buru untuk menyenaraikan Kubo dalam pasukan utama kerana Kubo masih lagi muda dan banyak yang beliau pelajari.

Zidane mahu pemain berusia 18 tahun itu untuk beraksi bersama skuad pembangunan Los Blancos, Real Madrid Castilla dibawah bimbingan Raul Gonzalez bagi memantapkan lagi kualiti yang dimiliki.

Akan tetapi, Football Espana melaporkan pengurusan Real Madrid menganggap Kubo sudah bersedia untuk beraksi dalam saingan La Liga tapi mereka mahu melihat Kubo mematangkan lagi kebolehan yang dimiliki dan memutuskan untuk meminjamkan bekas pemain FC Tokyo itu ke pasukan lain.

Sebelum ini, Takefusa Kubo beraksi bersama pasukan akademi Barcelona, La Masia selama empat tahun sehingga 2015. Kubo terpaksa pulang ke Jepun kerana Barcelona ketika itu dikenakan hukuman penggantungan daripada menandatangani pemain disebabkan merekrut pemain muda secara tidak sah.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group