Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau apabila negaranya tewas dalam perlawanan penentuan pintat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jepun tunduk dengan keputusan 3-1 di tangan Mexico sekaligus gagal untuk meraih sebarang pingat dalam acara bola sepak dalam temasya yang berlangsung di laman sendiri.

Menurut laporan Football Channel, Kubo nyata kecewa dengan kekalahan di tangan Mexico sekaligus tidak dapat menghadiahkan pingat buat negaranya.

“Saya mahu menang kerana kami pernah menewaskan mereka (Mexico) di saingan peringkat kumpulan. Akan tetapi, kami mengambil mudah dan seolah-olaj tidak memahami betapa pentingnya perlawanan ini.

“Hasilnya, kami pulang dengan tangan kosong. Saya tidak pernah kecewa sebegini apabila bermain bola sepak. Saya akan ingat sampai bila-bila.

“Kekalahan kali ini sangat berat. Sekiranya saya diberi peluang pada masa akan datang, saya mahu menyumbang bagi memastikan pasukan ini menang,” katanya.

Takefusa Kubo berjaya menjaringkan tiga gol sepanjang saingan berlangsung dan menjadi salah satu watak utama Jepun dalam perjalanan mereka ke peringkat separuh akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Undian Rasmi Piala Suzuki AFF 2020 Ditunda

Kelab Arab Saudi, Al Hilal Dapatkan Khidmat Matheus Pereira

Bekas Presiden Perlis FA Disahkan Meninggal Dunia