Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo mendedahkan faktor utama mengapa beliau meninggalkan Villarreal bagi menyertai Getafe bagi menghadapi baki saingan La Liga musim 2020/201.

Menurut Kubo, beliau mahu mendapat lebih banyak minit bermain setelah hanya diturunkan sebanyak 2 kali dalam tiga perlawanan ketika beraksi di bawah kendalian Unay Emery.

“Saya masih muda dan perlu mendapatkan minit bermain yang banyak selain mahu merasai bergelar pemain bola sepak profesional. Perkara pertama ialah membantu pasukan baharu mencapai sasaran yang diletakkan. Perkara itu juga bakal membantu saya untuk meningkatkan kualiti.

“Saya memilih Getafe kerana mereka lebih serius untuk mendapatkan khidmat saya berbanding pasukan lain,” kata Kubo.

Takefusa Kubo membuat penampilan pertama bersama Getafe pada perlawanan menentang Elche yang menyaksikan pasukan itu memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1.

Kubo dimasukkan pada minit ke-65 dan beliau terus mencipta impak dengan memainkan peranan besar dalam dua jaringan yang dihasilkan oleh Jaime Mata dan Angel Rodriguez.

Pemain berusia 19 tahun itu memegang status sebagai pemain pinjaman dari kelab gergasi La Liga, Real Madrid.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Chanathip Songkrasin Di Ranking Ke-5 Senarai Jualan Jersi Paling Laris Kelab Consadole Sapporo

“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos

Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021