Rekod tanpa kalah Vietnam ketika bertemu pasukan Asia Tenggara sejak dibimbing oleh Park Hang-seo akhirnya lebur apabila mereka tewas 0-2 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2020 semalam.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dua gol Chanathip Songkrasin pada minit ke 14 dan 23 memberi kelebihan selesa kepada skuad Gajah Putih sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke perlawanan akhir tahun ini.

Namun begitu, Park Hang-seo memendamkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan dan mencadangkan agar Federasi Bola Asia Tenggara (AFF) memasang teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) di perlawanan separuh akhir.

“Mengenai kualiti pengadil, saya tidak mahu bercakap mengenainya lagi. Ini masalah pengadil itu, dia tahu yang terbaik. Pengadil itu kena kaji semula kekalahan Vietnam kalau diberi peluang. Kami sudah cuba yang terbaik.

“Saya fikir nak buat petisyen bantah pengadil ini. Sebenarnya, apabila wartawan bertanya soalan mengenai pengadil, saya susah nak jawab. Saya rasa Piala AFF ini ada banyak penaja, oleh itu saya cadangkan agar AFF pasang VAR dalam kejohanan ini supaya pengadil boleh membuat keputusan dengan tepat,” kata Park Hang-seo dipetik dalam Bongdaplus. 

Perlawanan tersebut dikendalikan oleh pengadil dari Qatar, Saoud Ali Al-Adba dan beliau turut dikecam hebat oleh para penyokong Vietnam di media sosial.

Mereka mendakwa pengadil lebih memihak kepada Thailand dan tidak memberi sepakan penalti kepada Vietnam walaupun bola terkena tangan pemain lawan. Beberapa keputusan meragukan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak Asia Tenggara.

Bagaimanapun, kekalahan tersebut tidak mematahkan semangat Vietnam dan Park Hang-seo tetap yakin anak buahnya akan bangkit dalam perlawanan separuh akhir kedua pada 26 Disember ini

“Selepas tamat perlawanan, pembantu saya memberitahu pemain dan kita masih ada perlawanan kedua. Defisit 2 gol ini boleh dipadamkan pada bila-bila masa. Esok, saya akan bercakap dengan pemain saya mengenai psikologi dan taktikal.

“Kami sedia untuk menjaringkan 2 lagi gol dan memastikan perlawanan kembali seimbang,” jelas Park Hang-seo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan lain dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Piala AFF 2020: Kelibat Chanathip Songkrasin Leburkan Rekod Hebat Vietnam

Presiden FA Thailand ‘Hulur’ Bonus Peribadi RM1.25 Juta Jika Tewaskan Vietnam Di Separuh Akhir Piala AFF 2020

Robert Alberts Anggap Indonesia Lebih Unggul Berbanding Singapura