Ketum PSSI (Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia), Iwan Bule tidak mahu melihat skuad garuda tewas lagi dalam tiga perlawanan terakhir kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan datang.

Ketika dibawah bimbingan Simon McMenemy, Indonesia gagal memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri apabila tewas kepada Malaysia, Vietnam,  dan Thailand.

Namun kali ini, PSSI mahu barisan jurulatih yang diketuai oleh jurulatih baharu dari Korea Selatan, Shin Tae-yong melakukan persiapan awal bagi mengelakkan kekalahan yang ke 6 sekaligus menjejaskan kedudukan ranking FIFA negara itu.

“Ketua Umum PSSI memberi arahan kepada kami serta barisan jurulatih supaya merancang program untuk persiapan skuad Senior Indonesia,” kata Pengarah Teknikal PSSI, Indra Sjafri, di laman web rasmi PSSI.

“Setelah menghadapi saingan kelayakan ini, Indonesia juga akan berdepan kejohanan Piala AFF yang dijangka bermula pada bulan November 2020,” tambahnya.

Timnas Indonesia. (Foto: PSSI).
Timnas Indonesia. (Foto: PSSI).

Berdasarkan jadual, skuad Garuda akan menentang Thailand pada 8 Oktober, UAE (13 Oktober) dan Vietnam (12 November). Bagaimanapun, ini adalah tarikh cadangan yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan belum disahkan secara rasmi.

Setelah gagal mengutip sebarang mata dalam 5 perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia 2022, mereka disahkan tidak berjaya melangkah ke pusingan ketiga. Namun, PSSI kini beralih fokus dalam memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

“Ketua Umum PSSI menaruh perhatian tinggi, agar Indonesia mampu menembus rangking FIFA 150 dunia,” ujar Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.

Pengendali skuad Garuda, Shin Tae-yong kini masih berada di Korea Selatan dan dijadualkan pulan ke Indonesia pada bulan Julai 2020 bergantung pada situasi semasa wabak pandemik COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah

Pemain Kembar Dari Jepun Ini Intai Peluang Sarung Jersi Indonesia

Tarikh Baki 3 Perlawanan Terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022 Telah Ditetapkan Oleh Pihak AFC?

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam 10 Pemain Termahal J. League Musim 2020