Ketika Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang tampil dalam program [email protected] semalam, jawapan kepada soalan yang mungkin menjadi modal percakapan ramai peminat bola sepak di Malaysia khususnya, dijawab oleh TMJ semalam.

Hos program, Hafizal Hamad mengajukan soalan yang mungkin dirasakan agak keras tetapi TMJ dengan tenang mendengar, menjawab dan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Anak raja, semua boleh buat.”

TMJ terus melontarkan jawapan terhadap frasa tersebut untuk membolehkan kita merenung sebentar tentang apa yang berlaku dalam bola sepak di Malaysia khususnya.

“Tak juga. Kalau tak ada kepala otak pun, tak boleh buat apa-apa. Itu yang paling mustahak.”

“Awak boleh ada seberapa banyak sumber kewangan, tapi awak tidak tahu dan tak ada passion atau knowledge nak mengurus kewangan tersebut, nak letak pada tempat yang betul, ia tak akan jadi.”

Jawapan tersebut pastinya menjadi satu refleksi kepada pihak-pihak selama ini telah gagal menguruskan kewangan pasukan dengan sebaiknya.

Tonton video temubual tersebut untuk banyak lagi komen padu TMJ berkaitan isu kewangan bola sepak.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”

Mano Polking: Kemahiran Teknikal Pemain Thailand Lebih ‘Power’, Tapi ‘Tactical Sense’ Vietnam Lebih Padu.

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group