Beraksi baik bersama Manchester City nyata masih belum mampu buat Aymeric Laporte untuk meyakinkan pengurus pasukan, Didier Deschamps dalam membawa pemain pertahanan tersebut bagi menyertai skuad kebangsaan Perancis.

Meskipun pernah menggalas cabaran Perancis di peringkat umur dari tahun 2011 hingga 2016, Laporte masih tidak pernah beraksi bersama skuad senior Les Blues walaupun beliau beraksi cemerlang bersama Manchester City terutamanya pada musim 2018/19.

Sehubungan dengan itu disebabkan beliau merupakan keturunan Basque di sebelah moyangnya, Laporte kini semakin hampir dibenarkan untuk menyarung jersi Sepanyol.

Perkembangan terkini itu disahkan Goal selepas Persekutuan Bola Sepak Sepanyol telah menghantar kertas kerja permohonan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan hanya menantikan keputusan akhir badan induk bola sepak dunia itu bagi membenarkan Laporte menyarung jersi skuad Sepanyol.

Sekiranya segalanya berjalan lancar, Laporte berkemungkinan besar akan disenaraikan ke dalam skuad Sepanyol bagi menghadapi kempen Euro 2020 pada Jun nanti.

Laporte sebelum ini tanpa berselindung mendedahkan bahawa beliau sememangnya mahu beraksi bersama negara kelahirannya itu.

“Saya bercakap dengan Didier Dechamps untuk kembali bersama Les Blues, saya cuba untuk menunjukkan kualiti saya agar dapat dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan Perancis.”

“Sudah tentu, dapat beraksi di saingan Euro pada akhis musim ini adalah satu perkara yang terbaik,” ujar Laporte menurut laporan Goal.

Seperti diketahui, Perancis mempunyai ramai pilihan pemain pertahanan apabila Deschamps lebih gemar menggunakan khidmat Raphael Varane, Samuel Umtiti, Adil Rami, Dayot Upamecano, Lucas Hernandez, Presnel Kimpembe dan Kurt Zouma.

Pada Oktober 2016, Deschamps pernah memanggil Aymeric Laporte ke sesi latihan pusat skuad kebangsaan, bagaimanapun pemain berusia 27 tahun itu tidak langsung diberikan peluang untuk beraksi.

Baca artikel lain dari kami mengenai skuad kebangsaan Perancis:

Perancis Keronyok Ukraine 7-1

Finland Kejutkan Perancis 2-0, Dua Serangan Dalam Jarak 3 Minit Malukan Les Bleus

Valbuena Heret Benzema Ke Mahkamah Sekali Lagi Berkaitan Video ‘Panas’ Pada 2015

Sumber