Skuad kebangsaan Tajikistan sudah pun tiba di Kuala Lumpur tengah malam tadi bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu ini, 9 November 2019.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan awal mereka sebelum menghadapi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Myanmar dan Kygryzstan pada minggu depan.

Ketua jurulatih pasukan itu, Usmon Toshev telah menyenaraikan 23 pemain termasuk seorang pemain pertahanan yang beraksi dengan kelab Liga 1 Indonesia, Tira Persikabo iaitu Kurshed Beknazarov.

74830288_2543853412510453_7735260237812203520_n
Ketibaan skuad kebangsaan Tajikistan di KLIA. FOTO: FA Tajikistan

Kebanyakan pemain dalam pasukan ini berusia bawah 30 tahun dan mereka mempunyai 6 pemain yang beraksi bersama kelab di luar negara selain Beknazarov. Antara pemain tersebut ialah Farkhod Vosiyev (Rusia), Parvizdzhon Umarbayev (Bulgaria), Fatkhullo Fatkhuloev (Uzbekistan), Amirbek Juraboev (Uzbekistan), Nuriddin Davronov (Oman) dan Jahongir Ergashe (Bangladesh).

Selepas aksi menentang Malaysia, mereka akan terus terbang ke Mandalay, Myanmar pada 10 November dan kemudian ke Bishkek untuk menentang Kyrgyzstan untuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tajikistan kini berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan F dengan 6 mata selepas mencatat dua kemenangan dalam tiga perlawanan yang diharungi.

Berikut ialah senarai 23 pemain skuad kebangsaan Tajikistan

PENJAGA GOL: Rustam Yatimov (Istiklol), Fathullo Boboev (Regar-Tadaz), Shokhrukh Kirgizboev (Lokomotiv Pamir)

PERTAHANAN: Davron Ergashev (Khujand), Akhtam Nazarov (Istiklol), Iskandar Dzhalilov (Istiklol), Khurshed Beknazarov (TIRA-Persikabo), Farkhod Vosiyev (Neftekhimik Nizhnekamsk), Tabrezi Davlatmir (Istiklol), Manuchehr Safarov (Khujand)

TENGAH: Fatkhullo Fatkhuloev (Buxoro), Nuriddin Davronov (Oman Club), Amirbek Juraboev (Navbahor Namangan), Parvizdzhon Umarbayev (Lokomotiv Plovdiv), Ehson Panjshanbe (Istiklol), Muhammadjon Rakhimov (Istiklol), Karomatullo Saidov (Khatlon), Alisher Dzhalilov (Istiklol).

PENYERANG: Manuchekhr Dzhalilov, Jahongir Ergashev (Saif Sporting Club), Komron Tursunov (Istiklol), Sheriddin Boboev (Istiklol), Shahrom Samiyev (Istiklol)

Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan persahabatan menentang Tajikistan serta dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia? Klik pautan artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut. 

Harga Tiket Perlawanan Bertemu Tajikistan Serendah RM10 Termasuk Caj Pemprosesan