Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan semua pasukan Liga Malaysia telah berjaya menghantar dokumen berhubung proses penswastaan dan pelesenan, semalam.

FAM sebelum ini memberi amaran pasukan yang gagal menyelesaikan proses itu sebelum tarikh tutup 30 September 2020 akan disingkirkan ke saingan Liga Amatur (Liga M3).

Bagaimanapun, Stuart menjelaskan ini hanyalah proses penswastaan tahap pertama yang melibatkan dokumentasi dan perlesenan setiap pasukan.

swasta klub
Penswastaan Kelab

Tahap kedua proses penswastaan akan bermula selepas tamat saingan Liga Malaysia musim ini. Proses ini melibatkan pemisahan persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) dari segi pengurusan dan penstrukturan.

“Sebenarnya ada beberapa model penswastaan telah digunakan dalam proses ini dan antara yang perlu diteliti adalah pemisahan dari segi pengurusan daripada FA kepada FC. Ada beberapa pasukan yang pemilikannya bukan 100 peratus kerana adanya penglibatan FA dalam sesebuah FC.

“Pada tahap pertama ini kita mahu lihat penstrukturan yang memisahkan FA ke FC kerana ia turut melibatkan proses pengurusan; bukannya proses dokumentasi semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan-pasukan yang berkenaan tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) jika layak, serta juga pertandingan domestik iaitu CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2021.

Baca artikel lain mengenai isu penswastaan pasukan yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

FAM Luluskan Penswastaan Pasukan Kelantan FC, 3 Lagi Pasukan ‘Terhumban’ Ke Liga M3 2021?

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat