Walaupun Korea Selatan masih belum terkeluar dari saingan Piala Dunia Russia 2018, namun ketua jurulatih mereka Shin Tae-Yong telah mengeluarkan satu kenyataan keras mengenai punca utama kegagalan mereka dalam edisi 2018 ini.

Beliau tanpa berselindung menyatakan bahawa prestasi buruk  yang dipamerkan oleh pemain-pemain Korea Selatan adalah berpunca dari kelemahan sistem liga domestik mereka sendiri.

shin tae-yong

“Kami ada masalah sistem”, kata Tae-yong.

“Kami perlu fikir bagaimana untuk meningkatkan liga domestik dan bekerja dengan pemain muda”, tegasnya lagi.

“Kami kekurangan pengalaman dan ia tidak akan terjadi dalam satu hari”,

Sejak beraksi dalam separuh akhir Piala Dunia 2002, Korea Selatan hanya mampu mara ke pusingan 16 terbaik sekali sahaja pada edisi 2010, bagaimanapun disingkirkan oleh Uruguay pada ketika itu.

heung son min

Skuad Korea Selatan akan bertemu juara bertahan, Jerman, dalam aksi terakhir kumpulan di Kazan Arena dan mereka wajib menang perlawanan itu sambil berharap Mexico mampu mengatasi Sweden.

Shin Tae-yon juga ada memberitahu bahawa pemain-pemain pertahanan mereka dihimpit dengan isu ‘confidence‘ selepas banyak melakukan kesilapan.

“Pemain pertahanan kami sudah kehilangan keyakinan, dan ini adalah satu perkara yang malang”.

“Saya berharap mereka mampu untuk memulihkan keyakinan dan berjuang dengan lebih lagi dalam perlawanan terakhir nanti”.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group