Sebuah tabloid terkenal dari United Kingdom, Mirror UK dalam satu artikel yang disiarkan pada 12 Ogos 2020 telah mendedahkan satu perkara yang jika menjadi kenyataan bakal membuatkan ramai peminat bola sepak Malaysia terkejut.

Artikel itu yang menceritakan berkenaan dengan peranan pemain Jepun, Takumi Minamino yang dijangka akan bertambah selepas ramai pemain-pemain akan beraksi dalam kejohanan Piala Negara Afrika pada awal musim baru nanti.

Dalam perenggan dipenghujung artikel tersebut, ada menyatakan bahawa pasukan Jepun sedang merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia dan juga Lebanon pada bulan hadapan dan Takumi Minamino disahkan tidak diperlukan dalam kejohanan pusingan kelayakan Piala Dunia nanti.

Screenshot 2020-08-14 at 2.09.03 AM

“Ketika ini, Minamino telah diberitahu bahawa walaupun Jepun memiliki perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan berdepan Malaysia dan Lebanon – masih belum disahkan, pada bulan hadapan, dia (Minamino) tidak diperlukan untuk mana-mana perlawanan kelayakan Piala Dunia pada bulan Oktober dan November.”

Selepas itu, FIFA melalui AFC telah mengesahkan pada hari Rabu bahawa semua perlawanan pusingan kelayakan akan ditunda ke tahun 2021.

VOCKETFC telah mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut dari individu dalam skuad kebangsaan dan beliau menyatakan sehingga kini FAM masih belum menerima apa-apa berita dari pihak JFA berkait perlawanan itu.

Mungkin perlawanan itu masih lagi dalam perancangan JFA, tetapi jika benar bermakna prestasi skuad kebangsaan Malaysia kini telah berjaya mencuri perhatian pasukan Jepun dan ia sesuatu yang boleh dikatakan luar biasa.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Vietnam ‘Gelabah’ Hilang Kelebihan Selepas Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda

Sumber