Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelbagai aktiviti yang dilakukan pemain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti perniagaan malah ada yang kembali melakukan pekerjaan lama buat sementara waktu ketika Liga Malaysia masih ditangguhkan.

Antaranya pemain tengah UKM FC, Syed Sobri Syed Mohamad, yang pulang ke kampung halaman di Kemaman untuk melakukan kegiatan menangkap ikan di laut.

Aktiviti ini bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana telah mempunyai pengalaman sejak di peringkat usia kanak-kanak lagi turun ke laut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tidak mahu seperti kacang lupakan kulit, pemain berusia 26 tahun ini menganggap dia tetap berbangga pekerjaan ini jika ada masa terluang walaupun sudah bergelar pemain bola sepak profesional.

” Sejak Mac lalu iaitu ketika arahan PKP baru dilaksanakan, saya telah ambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas melihat Liga Malaysia akan ditangguhkan dalam tempoh yang tidak diketahui sampai bila.

” Apabila balik sini, memang menangkap ikan antara kegiatan yang saya akan buat kerana saya memang berasal daripada keluarga nelayan, tiada apa hendak dikekokkan.

” Saya akan turun di waktu malam dan balik menjelang subuh, begitulah rutin saya setiap hari pada tempoh PKP ini dan jika cuaca tidak mengizinkan, saya akan berehat.

” Pelbagai ikan biasanya saya boleh dapat seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan selayang,lumayan atau tidak semuanya bergantung kepada rezeki, ” katanya.

Dia juga mendedahkan pada waktu petang, turut membantu ibunya di laman rumah menjual lauk pauk serta kuih mauh sepanjang bulan Ramadan ini.

Syed Sobri memulakan kerjaya bersama Sime Darby FC selama dua musim dari 2015 hingga 2016 sebelum ke Melaka pada musim berikutnya.

Dia sempat menyarung jersi T-Team pada pertengahan musim 2017 sebelum pasukan itu dijenamakan semula kepada Terengganu FC II pada musim 2018 dan beralih arah bersama UKM FC sejak musim lalu.

Dalam pada itu, Syed Sobri akui aktiviti menangkap ikan yang sedang dilakukannya masih menjadikan dia kekal cergas kerana pekerjaan itu bukan mudah untuk dilakukan oleh mana-mana individu.

” Mungkin kerja menangkap ikan ini orang ingat macam mudah tetapi sebenarnya memerlukan kudrat yang kuat terutama ketika menarik pukat, tambah-tambah yang panjang.

” Setakat ini selain lakukan latihan sendiri di rumah, saya rasa aktiviti menangkap ikan masih buatkan saya kekal bertenaga sepanjang tempoh PKP kerana ini satu pekerjaan yang berat,” katanya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

FIFA Arahkan Kelantan Bayar RM631,000 Kepada Cassio de Jesus Dalam 30 Hari Atau Digantung

Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group