Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan peruntukan sebesar RM45 Juta yang diberikan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mampu untuk melahirkan pemain yang mempunyai kualiti seperti Luqman Hakim Shamsuddin.

Menurut YB Bro, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding ketika beliau menyertai Kementerian Belia dan Sukan iaitu RM3.5 juta.

Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Ini akan memberi impak kepada lebih 80,000 anak muda terutama di luar bandar agar boleh dimasukkan ke dalam ekosistem sukan supaya kita dapat melahirkan lebih ramai pemain seperti Luqman yang kini disenaraikan dalam senarai 60 pemain bola sepak muda terbaik dunia,” kata Syed Saddiq menurut laporan Harian Metro.

Luqman Hakim mencipta sensasi dimana beliau memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak dalam saingan AFC B-16 pada tahun lalu.

Syed Saddiq
Luqman Hakim Mukhairi Ajmal

Pemain berusia 17 tahun itu kemudiannya membantu skuad B-18 tahun negara melangkah ke pentas final saingan Piala AFF B-19 tahun namun terpaksa akur apabila tewas kepada Australia.

Baru-baru ini, Luqman sah akan beraksi di Eropah dengan menyertai kelab yang dimiliki oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan iaitu KV Kortrijk yang bersaing di Belgium Jupiler Pro League.

Baca artikel lain mengenai peruntukan untuk NFDP serta Luqman Hakim di sini:

Belanjawan 2020: RM45 Juta Diperuntukkan Untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara

Luqman Hakim Sebaris Dengan Pemain FC Barcelona, Ansu Fati Dalam Senarai 60 Pemain Muda Paling Berbakat Dunia

KV Kortrijk, Kelab Divisyen Utama Liga Belgium Sambar Luqman Hakim Dengan Kontrak 5 Tahun