Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa semua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia supaya memanfaatkan produk hasil daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Menurut Syed Saddiq, pelatih AMD mempunyai kualiti serta kemampuan untuk beraksi di peringkat tertinggi. Selain itu, mereka dilihat mampu untuk menyinar dalam kancah Liga Malaysia andai diberikan peluang sekaligus membantu perkembangan pasukan kebangsaan.

Syed
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Sekarang ini kita mahu semua kelab ambil mereka. Tolong ambil mereka dan tempatkan mereka (dalam pasukan).

“Mereka merupakan pemain yang bagus, melatih mereka dengan sebaik mungkin supaya akhirnya mereka dapat mewakili Malaysia,” kata Syed Saddiq menurut laporan Stadium Astro.

NFDP kini mempunyai lebih 25,000 pelatih seawal usia 12 tahun yang menjalani latihan di pusat NFDP di seluruh negara, termasuk lebih 200 pelatih elit yang berpangkalan di AMD, Gambang.

Syed
Luqman Hakim Mukhairi Ajmal

Antara pemain terbaik yang dilahirkan daripada program tersebut ialah Luqman Hakim Shamsuddin dimana beliau bakal beraksi bersama kelab Belgium, K.V Kotrijk apabila usianya mencecah 18 tahun.

Selain Luqman, beberapa pemain yang lain turut mendapat perhatian daripada kelab luar negara seperti Jepun dimana Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Khaironisam dan Ali Imran Sukari menjalani latihan bersama Cerezo Osaka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain AMD di sini:

Luqman Hakim Berlatih Bersama Skuad Akademi Bawah 18 Tahun Cerezo Osaka?

6 Pemain Muda Malaysia Berguru Di Jepun Bersama Cerezo Osaka, FC Tokyo Dan JFA Academy

KV Kortrijk, Kelab Divisyen Utama Liga Belgium Sambar Luqman Hakim Dengan Kontrak 5 Tahun