Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang berada di Stadium Utama Gelora Bung Karno menyaksikan perlawanan Indonesia bertemu Malaysia memberitahu bahawa terdapat objek besi, botol dan suar dilemparkan kearah tempat duduk penyokong Malaysia sehingga perlawanan terpaksa diberhentikan.

Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Dalam kemaskini melalui laman sosial Instagram beliau, turut dimaklumkan bahawa pihak FAM akan membuat aduan rasmi kepada FIFA mengenai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

Selain itu Syed Saddiq sendiri akan membuat melaporkan rasmi insiden ini kepada kerajaan Indonesia serta rakan sejawatannya di sana.

Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

“Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang.

“Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.”

Baca artikel lain mengenai pertembungan Malaysia dan Indonesia yang sentiasa panas.

Pihak Keselamatan GBK Gagal, Jaminan PSSI Tidak Boleh Digunapakai

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno