Isu panas berkaitan dengan pemain skuad ‘The City Boys’, Syazwan Andik yang dikatakan sudah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2019 menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak Malaysia terutama penyokong Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada media, Syazwan Andik telah menamatkan kontrak beliau bersama pasukan Kuala Lumpur FA selepas tidak menerima gaji selama 2 bulan.

“Saya telah menamatkan kontrak saya bersama pasukan Kuala Lumpur kerana sudah dua bulan saya tidak menerima gaji. Untuk bulan November dan Disember. Terdapat satu syarat dalam kontrak saya dengan KLFA yang membenarkan saya menamatkan kontrak jika saya tidak menerima gaji untuk dua bulan.

“Saya telah memberi surat kepada Ketua Jurulatih Yusri Che Lah pada pada 9 January dan memberitahunya tentang hasrat saya untuk menamatkan kontrak. Saya juga telah menghantar e-mel kepada KLFA untuk menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji.”

fa54aa59-76a7-41c3-8d05-9968ed4dcfc8

Klausa 8.7 Kontrak Syazwan Andik Telah Diaktifkan

Berdasarkan klausa 8.7, kontrak Syazwan Andik boleh ditamatkan tanpa sebarang bayaran pampasan atau dikenakan sebarang sekatan kesukanan jika pihak kelab gagal untuk membayar gaji lebih dari 1 kali.

Jika perkara ini berlaku (gagal dibayar gaji lebih dari 1 kali), pemain berhak untuk menulis surat kepada Setiausaha Kelab atau Pengurus menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak (telah dilakukan oleh Syazwan Andik pada 9 Januari 2019).

Sejurus menyatakan hasrat untuk menamatkan kontrak, Syazwan Andik berhak untuk berunding dengan mana-mana kelab baru, TANPA PERLU mendapatkan kebenaran dari pihak Kuala Lumpur FA.

Dalam kes ini, Kuala Lumpur FA perlu melepaskan Sijil Perpindahan Pemain (SPN) tanpa sebarang syarat selepas kontrak itu ditamatkan serta tiada sebarang pampasan atau bayaran perpindahan boleh dikenakan kepada kelab baru yang disertai.