Kelab bola sepak Melaka United (MUFC) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Menerusi perjanjian itu, KenTEAM bakal memegang sejumlah saham syarikat MUFC dalam misi membawa bolasepak Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan.

Pengerusi MUFC, Datuk Seri Utama (Dr) Hj Sulaiman dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran KenTeam Sdn Bhd tampil untuk bersama-sama MUFC Sdn Bhd bagi memperkasakan lagi MUFC menjadi antara pasukan bolasepak yang lebih berdaya-saing pada masa hadapan.

169123184_166400455342683_5656710194569175755_n
FOTO: Melaka United

Beliau berkata dengan kehadiran KenTeam seakan memberi nafas baharu kepada bolasepak Melaka dalam misi membawa Melaka United FC ke satu tahap yang boleh dibanggakan khususnya untuk negeri Melaka dalam industry bolasepak.
Semoga hubungan yang terjalin antara MUFC dan KenTeam katanya dapat terus diperkukuh demi membawa kemajuan bolasepak negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif KenTEAM Sdn Bhd, Datuk Seri Justin Lim menjelaskan minat yang ditunjukkan oleh pihak KenTeam adalah selepas mereka menilai potensi Melaka United FC sebagai salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan liga bolasepak teratas Malaysia yang berpotensi menjadi sebuah kelab bolasepak yang disegani dan terkemuka di negara ini.

Selain itu, mereka turut melancarkan jersi ketiga Melaka United FC yang menggunakan warna biru berjalur serta pelancaran bas rasmi MUFC yang bakal digunakan pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Sabah Tekad Lakar Sejarah Kalahkan JDT Malam Ini

Perak Hadapi Masalah Tunggakan Gaji?

MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021

Peningkatan Kos Operasi Punca Harga Tiket Selangor Naik Mendadak