Sebuah syarikat mobile games dari Jepun, F4Samurai melengkapkan pembelian 70% saham kelab UD Oliveirense, sebuah kelab yang beraksi dalam sainga LigaPro – liga divisyen 2 Portugal, beberapa hari yang lalu.

Menurut laporan dari NikkanSports, pengambil alihan tersebut telah berjalan dengan lancar dan semua perkara berkaitan dengan pegangan dalam kelab telah diselesaikan sebulan yang lalu.

Ramai pemerhati dari Jepun melihat perkembangan ini sebagai sebuah lagi inisiatif pihak swasta membantu bola sepak Jepun di eropah khususnya selain fokus utama kepada perniagaan yang mereka lakukan.

WhatsApp-Image-2019-12-13-at-19.07.11-768×576
Akihiri Kin, pemilik baru UD Oliveirense baru berusia 39 tahun merupakan pengasas syarikat F4Samurai di Jepun.

Sebagai pemegang saham utama kelab, ramai media merasakan kelab ini bakal menjadi hub baru pemain Jepun mengembangkan bakat mereka selain menjana keuntungan kepada kelab itu sendiri seperti yang terjadi kepada Sint-Truiden VV.

Menurut presiden baru UDO, Nobuyuki Yamagata, ketika ini sasaran dan fokus mereka adalah untuk kekalkan pasukan dalam saingan LigaPro.

“Ketika ini sasaran kami adalah untuk kekal dalam LigaPro. Itu sahaja yang kami fokus. Saya akan melakukan segalanya untuk kelab ini dan akan bekerja keras sehingga tamat musim nanti.”

WhatsApp-Image-2019-12-13-at-19.08.11-768×576
Nobuyuki Yamagata, President UD Oliveirense yang baru, merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak. Beliau terlibat dalam kesemua proses pembelian UD Oliveirense dan pernah berkhidmat bersama Sint-Truiden VV di Belgium.

Untuk makluman juga, UD Oliveirense turut mempunyai pasukan eSports profesional sendiri dan ini merupakan satu peluang untuk kedua-dua pihak bekerjasama lebih rapat dalam bidang tersebut.

F4Samurai merupakan sebuah syarikat yang membangunkan pelbagai aplikasi mobile telah ditubuhkan pada 2010 oleh 3 orang bekas pelajar dari Waseda University dan kini gergasi games dunia, SEGA Games juga merupakan pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Theerathon Bunmathan Cipta Rekod Pemain ASEAN Pertama Julang Kejuaraan J1 League 2019

FA Thailand Tandatangan MOU Dengan King Power, Bina Kompleks Latihan Komprehensif Bernilai RM68.75 Juta

2 Pemain Skuad U19 Vietnam Sertai Sesi ‘Tryout’ Di Jepun Anjuran Japan Professional Footballers Association (JPFA)

Sumber