Baru-baru ini, timbul khabar angin mengenai kelewatan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melunaskan baki tunggakan gaji kepada 12 bekas pemain yang dilepaskan pada bulan November lepas.

Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain dalam kenyataan rasmi semalam menjelaskan bayaran tunggakan yang diperuntukkan untuk bekas pemain Terengganu FC (TFC) tersebut bukan gaji namun sejumlah bentuk bayaran yang dipersetujui diluar kontrak mereka.

Mengulas mengenai isu tersebut, bekas pemain TFC, Ahmad Syamim Yahya mendakwa beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh PBSNT bercanggah dan menafikan para pemain menuntut bayaran di luar kontrak.

“Pemain tak pernah menuntut bayaran luar kontrak. Semua pemain tuntut bayaran yang tertera didalam kontrak seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Ini bukan bayaran elaun atau bonus. Di dalam kontrak ada tertulis jumlah dan tarikh yang patut dibayar,” jelasnya.

PENJELASAN ISU TUNGGAKAN BAYARAN BEKAS PEMAIN TFC 2019———————————————–Selesai musim…

Posted by Terengganu Football Club on Wednesday, 18 December 2019

Selain itu, PBSNT juga telah berjanji untuk menyelesaikan segala hutang yang tertunggak dalam perjumpaan bersama pemain pada 15 Oktober lalu.

“Perjanjian ‘meeting’ terakhir TFC menyatakan mereka akan bayar habis segala hutang pada bulan November 2019. Itu tempoh yang diminta oleh TFC sendiri bukan tempoh yang diminta oleh pemain,” tambah Syamim lagi.

Bagaimanapun, kegagalan badan pentadbir liga, Malaysian Football League (MFL) melunaskan bayaran kedua hak penyiaran menyebabkan PBSNT terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk melangsaikan hutang tertunggak kepada bekas pemain.

“Selain duit geran MFL, TFC juga berjanji akan menyelesaikan bayaran pada bulan November 2019 dengan menggunakan duit sponsor (penaja) sekiranya duit geran tidak dapat.  Tiada guna mereka nak salahkan MFL tentang duit geran,” katanya.

Malah, Syamin juga mendedahkan pihak TFC sendiri telah memberikan kebenaran kepada pemain untuk memuat naik status di media sosial dan memberi ruang kepada mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.

Mereka juga sudah pun mengikut saluran yang betul dengan membuat aduan rasmi kepada pihak Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk tindakan lanjut.

“Untuk pengetahuan umum, pemain telah membuat aduan kepada PFAM. Pihak PFAM akan mengadakan ‘meeting’ pada hari ahad ini. Tiada ada isu pemain tidak ikut saluran yang tepat seperti yang dinyatakan oleh TFC,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Jafri Firdaus Chew Kecewa Dengan Cara KFA Lepaskan Beliau

Liridon Krasniqi Perkuatkan Jentera Tengah Harimau Selatan Musim Depan

Liga Malaysia 2020: Kurniawan Dwi Yulianto Sah Jurulatih Baharu Sabah

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group