Bekas pemain sayap Kedah, Syahrul Azwari kembali ke tanah kehalirannya apabila bakal beraksi bersama Kelantan United Pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Kelantan United menjadi kelab kelima beliau dalam saingan liga domestik.

Syahrul menjadi salah satu daripada barisan pemain yang tidak diberikan kontrak lanjutan oleh Kedah setelah beraksi bersama kelab itu pada musim 2020.

Pengarah Eksekutif KUFC Sdn Bhd, Anas Karimi Ahmad Thani berkata beliau gembira pihaknya berjaya mendapatkan khidmat Syahrul dimana pemain berusia 27 tahun itu juga menerima tawaran dari pasukan lain.

Selain berjaya menandatangani Syahrul Azwari, juara Liga M3 musim 2019 itu turut berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain Kashima Antlers dan skuad kebangsaan Jepun, Masashi Motoyama yang berusia 41 tahun.

Kelantan United bakal dibimbing oleh pengendali dari Jepun, Akira Higashiyama bagi musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Thomas Dooley Sah Jurulatih Baharu Sri Pahang FC

Bekas Penyerang Persebaya, David Da Silva Sah Menyertai Terengganu FC

ZamSaham Belanja Lebih RM600 Ribu Selesaikan Tunggakan Gaji Bekas Pemain