Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam merupakan perlawanan terakhir Liga Super musim 2021 dan trofi kejuaraan menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) buat kali kelapan berturut-turut. Harimau Selatan mengesahkan kejuaraan lebih awal ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Sri Pahang pada 27 Ogos lalu.

Disebalik kemenangan itu, pemain import JDT, Syahrian Abimanyu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama dari Indonesia yang menjuarai Liga Super mengatasi rekod Bambang Pamungkas dan Ellie Aiboi yang pernah membantu Selangor menjuarai Liga Premier pada musim 2005.

FOTO: JST

Abimanyu turut menerima pingat kejuaraan Liga Super walaupun hanya sempat beraksi dalam 2 perlawanan menentang Sabah dan PJ City.

Pemain yang berusia 22 tahun itu menyertai JDT ketika jendela perpindahan kedua dibuka selepas tamat tempoh pinjaman dengan kelab A-League, Newcastle Jets.

Selain Abimanyu, ada dua lagi pemain dari Indonesia turut beraksi dalam saingan Liga Super musim ini iaitu Ryuji Utomo (Penang) dan Saddil Ramdani (Sabah). Ryuji beraksi cemerlang apabila membantu Penang raih tempat ketiga liga manakala Saddil menjaringkan 3 gol dalam 17 perlawanan yang diharungi.

Kehadiran pemain dari negara seberang ini turut memberi manfaat dari segi jumlah tontonan perlawanan  Liga Super ketika disiarkan secara langsung di platform YouTube unifi.

Berdasarkan rekod perlawanan yang membabitkan JDT, Penang dan Sabah, 60 peratus daripadanya merupakan penonton dari Indonesia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Baddrol Bakhtiar Muncul Sebagai Penjaring Terbanyak Pemain Tempatan Liga Super 2021

Kisah Kehebatan JDT Bakal Disiarkan Di Saluran Discovery, Inc.

Isu Pertukaran Pemain: Empat Pegawai Perlawanan Digantung Tugas Selama Tiga Bulan

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar

Perak Sasar Juara Liga Premier Musim Depan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group