Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah Indonesia, Syahrian Abimanyu dipanggil semula bagi memperkuatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers dimana Syahrian menamatkan tempoh pinjaman singkat bersama kelab Australia, Newcastle Jets.

“Pemain muda Indonesia, Syahrian Abimanyu akan kembali ke JDT bagi menghadapi baki saingan musim 2021 setelah menjalani tempoh pinjaman singkat bersama Newcastle Jets.

Sebelum ini, JDT meminjamkan Syahrian dan seorang lagi pemain, Liridon Krasniqi ke Newcastle pada awal musim ini bagi meraih pengalaman sekaligus mendapat minit permainan.

Namun, Syahrian jarang diturunkan dan beliau sering diletakkan di bangku simpanan dan hanya diberi peluang untuk menampilkan kemampuan yang dimiliki pada minit-minit terakhir perlawanan.

Berbeza dengan Liridon, pemain naturalisasi negara itu mendapat peluang yang lebih banyak berbanding Syahrian dan beliau sudah tampil dalam beberapa perlawanan A-League sebelum ini.

Syahrian berkemungkinan besar bakal diletakkan dalam skuad JDT II dan beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

PRYSM Malaysia By PETRONAS Diumumkan Sebagai Rakan Strategik Real Chukai FC

Kpah Sherman Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Liberia

Proses Naik Taraf Pusat Latihan Terengganu FC Kini Di Fasa Akhir

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group