Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka telah melepaskan pemain import dari Indonesia, Syahrian Abimanyu ke kelab Liga 1, Persija Jakarta dengan bayaran yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

“Harimau Selatan telah menerima tawaran lumayan untuk bintang Indonesia tersebut. Abimanyu yang menjalani tempoh pinjaman setengah musim ke kelab Australia, Newcastle Jets pada permulaan 2021 turut membuat penampilan dalam pasukan utama JDT musim lalu,” tulis kenyataan rasmi.

Abimanyu merupakan pemain baharu ketujuh yang ditandatangani oleh Persija Jakarta untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan itu. Presiden Persija, Mohamad Prapanca berkata, Abimanyu adalah rekrut terakhir pada perpindahan musim ini dengan kontrak selama 2.5 tahun sehingga 2024.

“Abimanyu adalah rekrut terakhir Persija Jakarta musim ini. Kemampuannya sebagai pemain tengah sangat membantu perjuangan Persija mengharungi baki musim 2021.

“Saya yakin dia akan membantu pasukan menjadi lebih baik pada pusingan kedua ini,” jelas Prapanca dalam kenyataan rasmi.

Abimanyu menyertai JDT pada bulan Disember 2020 sebelum dipinjamkan ke kelab A-League, Newcastle United bersama seorang lagi pemain, Liridon Krasniqi bagi meraih pengalaman sekaligus mendapat minit permainan.

Namun, Syahrian jarang diturunkan dalam perlawanan A-League dan hanya diberi peluang untuk menampilkan kemampuan yang dimiliki pada minit-minit terakhir perlawanan.

Sekembalinya ke JDT, beliau mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama dari Indonesia yang menjuarai Liga Super musim lepas mengatasi rekod Bambang Pamungkas dan Ellie Aiboi yang pernah membantu Selangor menjuarai Liga Premier pada musim 2005.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Liga Belum Pun Bermula, Melaka United Kini Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Penyerang Berbisa Dari Serie A Bakal Sertai JDT?

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta