Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan negara, Syahmi Safari sah meninggalkan Selangor sekaligus bakal menyarung jersi pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Selangor menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Syahmi dan kelab itu mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak setelah ada bayaran pampasan dari pemain itu.

“Gergasi Merah hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Syahmi Safari setelah kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

“Biarpun berat untuk kelab melepaskan Syahmi, persetujuan bersama ini dibuat berdasarkan pembayaran pampasan yang boleh membiayai pelbagai program pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.

“Selain itu, kelab juga hanya bersetuju apabila terdapat kehadiran pemain yang berkebolehan dan berkualiti untuk mengisi kekosongan ini.

“Selangor FC amat menghargai khidmatnya bersama Gergasi Merah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Wak Mi di dalam karier bola sepaknya,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, setelah meninggalkan Selangor, pemain berusia 23 tahun itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Super musim ini iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT ketika ini mempunyai tiga pemain pertahanan kanan iaitu Matthew Davies serta dua bekas pemain Selangor iaitu S.Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq.

Sekiranya Syahmi menyertai kelab dari selatan tanah air itu, maka beliau akan berdepan dengan cabaran yang hebat bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Selain JDT, satu lagi pasukan yang dikaitkan dengan perpindahan Syahmi ialah Melaka United yang ketika ini sedang beraksi di pentas separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Melaka United dilaporkan bakal diperkuatkan oleh penjaring terbanyak Liga Super musim ini yang turut beraksi bersama Selangor iaitu Ifedayo Olesegun.

Ifedayo muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan jumlah 26 gol, tiga gol dihadapan penyerang JDT yang menduduki tempat kedua, Bergson Da Silva yang menjaringkan 23 gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Bekas Pemain Jadi Sandaran Ubah Nasib Perak FC?

Gagal Patuhi SOP, Terengganu FC Dan MFL Dikenakan Kompaun RM10,000

Azhad Harraz Semakin Hampir Sertai Sabah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group