Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) rancak membawa masuk pemain baharu untuk saingan Liga Malaysia musim 2022 apabila mengumumkan Syahir Bashah sebagai rekrut ketujuh pasukan itu untuk memperkuatkan jentera tengah.

Berasal dari Ipoh, Perak beliau baru sahaja memulakan karier bola sepak profesionalnya dua tahun lepas bersama Perak FC II kemudian dinaikkan pangkat ke pasukan senior Perak FC musim lalu untuk 12 perlawanan.

Menurut kenyataan rasmi, pemain yang berusia 20 tahun ini telah menarik minat ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berdasarkan prestasinya dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2021.

“Semasa liga sedang berjalan, Syahir telah mempamerkan aksi yang sangat menarik sepanjang perjalanannya bersama pasukan sebelum ini terutama sekali semasa menentang Selangor FC dalam saingan Malaysia Cup musim lalu,

“Beliau boleh bermain pelbagai posisi di bahagian tengah tetapi Syahir di panggil ke Selangor FC adalah untuk beliau menumpukan fokusnya di posisi sayap,

“Saya yakin jika kita boleh bimbing pemain ini, beliau mampu memberi impak yang baik kepada pasukan terumanya di bahagian sayap. Saya percaya dia mempunyai kemahiran yang baik dan menarik untuk dipamerkan bersama pasukan,” jelas Micahel.

Selain Syahir, Selangor FC sebelum ini memperkenalkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdelrahman, Zahril Zabri, Fazly Mazlan dan Herlison Caion baru-baru ini.

Mereka dijangka akan mengumumkan seorang lagi pemain import di posisi penyerang bagi menggantikan tempat Tim Heubach yang ditamatkan kontrak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Penyerang Prolifik Jordan, Mahmoud Zatara Umum Sertai Sri Pahang

Penyerang Berbisa Dari Brazil, Herlison Caion Sah Sertai Selangor

Hairuddin Omar Sertai Barisan Kejurulatihan Terengganu Musim Depan

Penang Berlatih Lebih Awal Sebagai Persiapan Hadapi Musim 2022