Penyerang skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad dilihat menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak terlibat dengan kemalangan pada Disember tahun lalu.

Beberapa pasukan telah mendapat kelulusan untuk berlatih dan mula menjalani latihan pada semalam setelah berjaya melengkapkan proses yang diperlukan oleh Malaysian Football League (MFL).

JDT turut tidak ketinggalan dimana mereka mengumpulkan para pemain sekaligus menjalani latihan sebagai persiapan menjelang sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac ini.

Kelibat Syafiq nyata menarik tumpuan dimana rata-rata penyokong bola sepak tanah air lega apabila beliau kembali berlatih setelah terlibat dalam satu kemalangan yang mengorbankan anggota keluarganya serta pembantu rumah beliau.

Pemain berusia 26 tahun itu antara harapan pasukan kebangsaan bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setelah menampilkan prestasi memberangsangkan pada perlawanan pusingan kedua sebelum ini.

Selain kelibat Syafiq Ahmad, turut terlihat dua pemain baharu pasukan iaitu Safiq Rahim dan Mohamadou Sumareh dalam sesi latihan semalam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Penyokong ‘The Red Warriors’ Teruja Dengan Jersi Musim 2021 Sehingga Mahu Jadikan Sebagai Baju Raya

Penantian Logo Perak FC Bakal Berakhir, Selamat Mengundi ‘Yob-Yong’

Mula Jalani Latihan, CEO Selangor FC Yakin SOP Dapat Dipatuhi