Penyerang skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad semakin hampir untuk kembali beraksi bersama Kedah Darul Aman bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah, Khamal Idris Ali menjelaskan bahawa pasukan KDA FC telah mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk proses peminjaman penyerang skuad Harimau Selatan itu.

Syafiq Ahmad
Syafiq Ahmad menjaringkan gol ketiga JDT. Sumber Gambar: JST

“Kami sudah mengadakan perbincangan bersama JDT, malah saya sendiri telah bercakap dengan Syafiq dan dia sendiri menyatakan keinginan untuk beraksi bersama KDA FC.”

“Setakat ini segalanya nampak positif dan jika segalanya lancar, insya-Allah Syafiq Ahmad akan beraksi bersama KDA FC musim depan,” katanya.

Syafiq beraksi bersama Kedah selama dua musim pada 2015 hingga 2017 sebelum berhijrah ke Johor Darul Ta’zim pada awal musim 2018.

Sepanjang beraksi bersama Kedah, pemain berusia 26 tahun itu berjaya memenangi Liga Premier (2015), Piala Malaysia (2016), Piala Sumbangsih (2017) dan Piala FA (2017).

Kedah kehilangan khidmat Kpah Sherman dan Kipre Tchetche bagi saingan musim hadapan dimana kedua-dua pemain ini menyertai Terengganu.

Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Syafiq, beliau dilihat menjadi calon yang sesuai bagi memimpin jentera serangan Kedah musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim hadapan di sini:

Kipre Tchetche Kembali Perkuat Terengganu Bergandingan Dengan Kpah Sherman

Sam Somerville Mahu Capai Kejayaan Bersama Selangor

Safee Sali Kekal Sebagai Presiden PFAM Untuk Penggal Kedua