Penyerang skuad negara, Syafiq Ahmad mahu membuktikan kemampuannya sekiranya mendapat peluang beraksi pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Bangladesh pada malam esok.

Selepas dua perlawanan terdahulu, Syafiq dimasukkan pada babak kedua bagi menggantikan Arif Aiman Hanapi dan Muhammad Akhyar Rashid.

Sehubungan dengan itu, sekiranya diberikan peluang oleh Kim Pan-gon, Syafiq tekad mahu membalas kepercayaan tersebut dengan meledakkan jaringan sekali gus membantu skuad negara meraih kemenangan.

“Yang paling penting saya harap bagi perlawanan esok dengan taktikal dan perancangan daripada jurulatih, kita perlukan kemenangan, itu yang paling penting.”

“Hidup mati kita bagi perlawanan esok adalah untuk mencapai kemenangan,”ujar Syafiq Ahmad dalam sidang media sebentar tadi.

Kredit Foto: FAM

“Ya, kita perlu ambil tahu tentang keputusan kumpulan lain [perebutan lima pasukan terbaik di tempat kedua] tetapi keutamaan adalah perlawanan kita sendiri. Sekiranya kita menang, InsyaAllah ada rezeki kita akan layak ke peringkat seterusnya [Piala Asia 2023].”

“Sebagai pemain, saya memang nak bermain dan saya nak menjaringkan gol sebagai seorang penyerang. Jadi untuk esok andai kata saya diberikan peluang untuk bermain, saya perlu tunjukkan yang saya layak untuk perlu diberikan peluang dan minit perlawanan.”

“Yang paling penting sesiapa yang bermain, diberikan keutamaan dan pilihan untuk bermain, adalah wajib untuk kita bagi yang terbaik untuk mencapai kemenangan pada perlawanan esok.

Dalam pada itu, Syafiq tanpa berselindung mengakui barisan pemain negara turut berada dalam tekanan untuk menghadapi Bangladesh nanti.

“Setiap perlawanan ada tekanannya yang tersendiri, untuk kita sendiri juga berada dalam tekanan kerana tidak berjaya mendapat mata pada perlawanan lepas. Apa yang penting pemain kena pandai untuk menghadapi tekanan itu.”

“Dengan sokongan yang padu para penyokong, InsyaAllah kita boleh menyerap tekanan dan perlu mendapatkan permainan yang baik dan mencatatkan kemenangan,”tambah Syafiq Ahmad lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Wan Kamal Anggap Guilherme De Paula Terlalu Tua Untuk Skuad Kebangsaan

Reece James Pertahan Alexander-Arnold: “Dia Tak Perlu Bertahan Sebanyak Yang Saya Buat”

PSM Jelaskan Punca Padang Jadi Rosak Dan Bertukar Sawah Padi