Penjaring hatrik dalam perlawanan Malaysia bertemu Sri Lanka semalam, Syafiq Ahmad jelas gembira dan bersyukur dengan prestasi permainan beliau bersama pasukan kebangsaan ketika ini apabila menjaringkan 5 gol dari 3 perlawanan terkini.

Syafiq Ahmad yang ditemui sebelum berangkat pulang ke hotel penginapan pasukan menjelaskan kemenangan besar skuad Malaysia semalam merupakan mampu dijadikan motivasi kuat untuk pemain menjelang pertemuan dengan Vietnam minggu hadapan.

syafiq ahmad

“Alhamdulillah kita dapat berikan permainan yang menarik, dan kita mendapat kemenangan walaupun kita lawan Sri Lanka, ini adalah motivasi untuk kita berdepan Vietnam.

Mengulas prestasi beliau dalam perlawanan tersebut, Syafiq Ahmad menyatakan ia adalah hasil usaha semua pemain dalam padang yang banyak membantu untuk beliau menyudahkannya dengan jaringan gol.

“Untuk prestasi saya malam ini, dengan rezeki yang saya dapat tapi bukan bermakna hasil dari saya seorang, rakan-rakan juga banyak membantu, kredit untuk (semua pemain) dalam pasukan.

syafiq ahmad

“Bagi saya, perlawanan bertemu Vietnam nanti kita perlu bagi lebih lagi dari apa yang kita bagi malam ni, derta menunjukkan karakter sebenar kita yang mahukan kemenangan berdepan Vietnam.

“Satu rezeki juga kita, dimana corak yang digunakan oleh Sri Lanka hampir sama dengan corak permainan Vietnam.

Mengulas mengenai prestasi terbaik Syafiq menjelaskan bahawa ia adalah rezeki selepas kecederaan yang beliau alami sebelum ini. Selepas pulih kecederaan, ini adalah prestasi yang terbaik beliau dalam karier bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Baca juga artikel menarik lain yang mungkin terlepas pandang sebelum ini.

Shahrel Fikri, Partiban Dan Azam Azih Tiada Dalam Skuad Akhir Malaysia Ke Vietnam

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa