Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad kini berada dalam momentum terbaik apabila menjaringkan gol ke-3 pasukan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Melalui satu sesi temubual selepas tamat perlawanan itu, Syafiq Ahmad bersyukur keatas kemenangan tersebut dan jelas gembira dengan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2019 ini.

“Bagi saya alhamdulillah, pasukan Johor berjaya mencapai kemenangan menjuarai Piala Malaysia yang sememangnya kita sudah kita sasarkan sebelum ini.

73472728_1489154644581163_8993500198852362240_o

Ditanya mengenai kemasukan beliau yang mungkin tidak dijangka, Syafiq Ahmad menyifatkan peluang yang datang dalam perlawanan akhir itu merupakan satu rezeki yang hadir untuk beliau mempamerkan aksi terbaik untuk pasukan JDT.

“Mungkin ini rezeki saya kerana Diogo sebelum ini mengalami sedikit kecederaan dan memang saya dari awal saya prepare untuk dimasukkan.

Mengenai gol yang dijaringkan pada malam ini, Syafiq menyifatkan jaringan terebut bukan hanya dari usaha individu tetapi ia adalah hasil dari usaha semua pemain yang telah berusaha dan memberikan komitmen dalam build up kepada gol tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 ini merupakan gol pertamanya dalam mana-mana perlawanan akhir sepanjang karier sehingga kini.

Baca juga artikel lain mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 yang telah kami sediakan untuk anda.

Johor Darul Ta’zim Juara Piala Malaysia 2019, Unggul Dengan Keputusan 3 Gol Tanpa Balas

Stadium Bukit Jalil Bukan ‘Badi’ Untuk Skuad Harimau Selatan, Buka Lembaran Baharu Buru Kejuaraan Piala Malaysia

Piala Malaysia 2019: Lan Pet Pet Ramalkan Kedah Menang 3-2 Malam Ini