2 gol dalam 2 perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 oleh Muhammad Syafiq Ahmad, membuktikan beliau kini berada ditahap terbaik bersama pasukan kebangsaan dibawah kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

Sejurus tamat perlawanan bertemu UAE semalam, penyerang yang berasal dari Kedah itu merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kelabnya, Johor Darul Ta’zim kerana banyak membantu beliau untuk kembali pulih dari kecederaan.

69806407_2373081369455280_6077541073603788800_n

“Alhamdulillah, apa yang saya (tahap) sekarang ni bukan atas usaha saya sendiri. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada JDT, sebab selama 2 bulan saya dalam kecederaan, tapi dengan apa yang saya dapat dengan pasukan JDT boleh buatkan saya sampai ke tahap ini. Jadi, dengan (kembali berada di) tahap ini saya boleh bantu pasukan kebangsaan.

“Walaupun saya tak main dalam masa 2 bulan, coach percaya dengan saya masih mampu melakukan yang terbaik. Bagi saya ini semua (berpunca) daripada pasukan, pengurusan dan kawan-kawan sendiri.

Kita Patut Menang Perlawanan Semalam

Selain itu Syafiq juga memberitahu bahawa pasukan Malaysia semalam sebenarnya patut menang namun beliau menjelaskan bola sepak ini adalah sesuatu yang kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku.

69878787_2372879042808846_5982347319670996992_n

“Bagi saya apa yang saya tengok pasukan kita layak menang malam ini. Tapi bola sepak ini benda yang kita tak boleh jangka, Dengan apa yang pasukan bagi malam ini, pemain-pemain bagi malam ni dah sehabis baik, kita jaringkan gol tapi masih lagi tak cukup untuk kita mengatasi pihak lawan.

Kita Boleh Lawan Mana-Mana Pasukan

“Kalau ikutkan dengan corak permainan yang diterapkan oleh coach Tan, setiap apa yang kita lawan dengan corak tersebut insyaAllah kita dapat berikan yang terbaik.

70338292_2373080439455373_7887985791639486464_n

“Sebab bagi saya, saya lebih suka dengan apa coach Tan bagi, apa yang kita ada sekarang ni, kita selesa dengan taktikal coach Tan. Tidak kisah kita lawan pasukan mana pun, apabila taktikal ini dikekalkan kita boleh lawan dengan mana-mana pasukan.

Malaysia mempunyai tempoh 1 bulan dari sekarang untuk mempersiapkan pasukan menjelang perlawanan ke-3 peringkat kumpulan G bertemu Vietnam pada 10 Oktober dan selepas itu dijadualkan untuk berhadapan Hong Kong pada 15 Oktober dalam perlawanan persahabatan.

Lagi artikel menarik berkaitan pasukan Malaysia untuk bacaan seperti dibawah.

Brendan Gan Bidas Rungutan Bert van Marwijk Berkenaan Isu Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bertemu UAE

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group