Kemenangan 2-1 keatas Thailand malam tadi sememangnya amat diperlukan oleh skuad kebangsaan Malaysia untuk terus bersaing merebut tempat sebagai pasukan teratas kumpulan G untuk layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam menyambut kemenangan itu juga sebenarnya, kita terpaksa ‘membayar harga’ diatas penggantungan kepada 2 pemain Malaysia malam tadi iaitu Muhammad Syafiq Ahmad dan Matthew Davies yang telah mengumpul 2 kad kuning.

Kedua-dua pemain ini akan terlepas aksi perlawanan bertemu pasukan Indonesia yang akan diadakan pada 19 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

75144891_2501263246637091_7918910565488001024_o

FOTO: FAM

Dalam perlawanan bertemu Indonesia, satu lagi kemenangan ditagih untuk mengutip 3 lagi mata bagi membolehkan skuad Malaysia mengumpulkan 9 mata secara keseluruhan demi mengejar rapat kedudukan 3 lagi pasukan lain untuk merebut slot automatik Piala Asia 2023.

Matthew Davies mengutip kad kuning pertama dalam perlawanan semalam pada minit ke 85 perlawanan kerana melengahkan perlawanan, menjadikan 2 kad kuning dikumpulkan selepas dilayangkan kad kuning ketika bertemu Vietnam tempoh hari.

74955605_2793373700727318_5471628201543335936_o

Muhammad Syafiq Ahmad pula dilayangkan kad kuning pada minit ke 33 perlawanan dan sebelum ini mengutip 1 kad kuning juga ketika bertemu Vietnam pada minit ke 92.

Sebelum ini kami ada mengeluarkan satu artikel 7 Pemain Malaysia Berisiko Digantung Satu Perlawanan Jika Kutip Kad Kuning Bertemu Thailand yang boleh dirujuk untuk melihat senarai pemain Malaysia yang sudah mengutip kad kuning.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sebenar.

Rembatan Padu Mohamadou Sumareh Leburkan Rekod Tanpa Kalah Thailand

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Tan Cheng Hoe Beri Bayangan Perubahan Dalam Kesebelasan Utama

3 KOMEN
  • Terbaik bossku…memang puas hati cara malaysia main bola malam tadi..mula-mula risau juga bila mat dan berjaya menyutik semangat permain lain itu gerakan menanda kemenangan ulong yang nyata…u are the best untuk permain bola malaysiaku

    • Bucuk iena

      Memang puas hati la game aritu..tidak sia2 kami dtg ke stadium ngn keadan ujan yg lebat.harap 19/11 bertemu ngan Indonesia memberi impak yg sgt bgus bgun lunaskan segala kuasa derita selamanya.kita kasi aummm satu stadium bangkit harimau malaya tunjukkan taringmu.. aummm LA sekuatnyaaaaa..

  • Bucuk iena

    Memang puas hati la game aritu..tidak sia2 kami dtg ke stadium ngn keadan ujan yg lebat.harap 19/11 bertemu ngan Indonesia memberi impak yg sgt bgus bgun lunaskan segala kuasa derita selamanya.kita kasi aummm satu stadium bangkit harimau malaya tunjukkan taringmu.. aummm LA sekuatnyaaaaa..

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group