Kira-kira seminggu menjelang perlawanan play-off kejohanan AFC Cup 2020, pasukan Preah Khan Reach Svay Rieng FC dilihat berada dalam keadaan yang terbaik untuk melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan.

Momentum yang diperolehi selepas menjalani latihan dan perlawanan pra-musim di Malaysia dan mencapai kemenangan dalam kesemua 3 perlawanan itu memberikan motivasi dan tonik kepada pemain untuk mempamerkan aksi lebih baik pada 22 dan 29 Januari nanti berdepan kelab Master 7 FC dari Laos.

Dalam perlawanan terakhir siri pra-musim mereka semalam, Svay Rieng FC berjaya menewaskan pasukan Terengganu FC dengan keputusan 4-3 walaupun ketinggalan 1-3 selepas tamat separuh masa pertama di UM Arena.

Beberapa hari yang lalu, Svay Rieng FC juga telah mengumumkan seorang pemain import dari Brazil, Pedro Agusto sah menyertai mereka dan video pengenalan pemain itu telah dirakamkan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sebagai rekod, sepanjang berada di Malaysia, skuad Svay Rieng FC telah berjaya menewaskan Selangor 4-0 di Selayang, mengalahkan Felda United 2-1 di padang USIM Nilai dan terbaru menang keatas Terenggganu FC 4-3.

Walaupun ini sekadar perlawanan pra musim, bagi mereka ia adalah satu persiapan yang penting terutamanya memperkemaskan pasukan untuk kejohanan AFC Cup 2020 serta mempertahankan kejuaraan Metfone Cambodian League 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Juara Liga Kemboja Tewaskan Selangor 4-0 Dalam Perlawanan Pra-Musim Di Stadium Selayang

Hatrik Kpah Sherman ‘Bungkus’ Boeung Ket FC Dalam Perlawanan Persahabatan Pra-Musim Di Kemboja

Juara Liga Kemboja Menang 2-1 Keatas Felda United Dalam Perlawanan Pra-Musim