Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Skuad kebangsaan Malaysia dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe semalam telah memulakan sesi pertama latihan pusat di Padang Seri Gelam, Johor Bahru.

Kem latihan pusat itu telha disertai oleh 28 pemain ini adalah sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di UAE pada Jun nanti.

Pastinya penyokong skuad Harimau Malaya sudah tidak sabar untuk menantikan aksi skuad kebangsaan yang kini memiliki peluang terbuka merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.

Namun, ada perkara yang lebih menarik perhatian ‘ekor Harimau Malaya’ dari gambar-gambar yang dimuat naik oleh FAM, dimana ramai yang kagum dengan susuk badan ‘sado’ penyerang muda negara, Luqman Hakim.

Rata-rata komen netizen di laman sosial jelas teruja dengan perubahan fizikal Luqman Hakim yang kini beraksi dengan KV Kortrijk dalam saingan Liga Belgium, jauh berbeza dengan fizikal sebelum ke eropah.

luqman hakim

Mungkin sekadar perbandingan kasar, ini adalah susuk fizikal Luqman Hakim ketika tiba di Belgium sekitar bulan Ogos 2020 yang lalu. Fuh!

Semoga Luqman terus berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kelab serta mencipta nama di eropah seterusnya memberikan prestasi unggul untuk bola sepak Malaysia tidak lama lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil

Astro Miliki Hak Penyiaran Azul Claro Numazu, Aksi Hadi Fayyadh Dapat Ditonton Secara LIVE Mulai Esok

Perlawanan JDT Bertemu Selangor Catatkan 1.5 Juta Tontonan, Lebih 4 Juta Tontonan Untuk 6 Aksi Liga Super Malaysia LS4

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group