Penyerang muda Thailand yang berusia 17 tahun, Suphanat Mueanta disahkan tidak akan turun beraksi dalam perlawanan bertemu Malaysia dalam kejohanan AFC U19 yang sedang berlangsung di Kemboja.

Pemain Buriram United itu dilaporkan hanya akan bermain dalam 2 perlawanan pertama dalam peringkat kumpulan bertemu Brunei dan Kepulauan Marina sahaja sebelum pulang ke Bangkok untuk bersama-sama skuad kebangsaan Thailand dibawah kendalian Akira Nishino melakukan persiapan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand itu ketika sidang media perlawanan bertemu UAE di Bangkok tempoh hari, dimana Suphanat Mueanta akan menggunakan 2 perlawanan tersebut sebagai medan mengekalkan kecergasannya untuk beraksi bersama skuad senior.

Thailand yang dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 11 November 2019 untuk aksi bertemu skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada 14 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perkembangan kejohanan AFC U19 di Kemboja, pasukan Thailand telah berjaya membelasah pasukan Brunei 9-0 dalam perlawanan pertama dan apa yang lebih menariknya adalah Suphanat Mueanta telah menjaringkan 4 gol dalam perlawanan itu.

#Changsueklive ประเดิมสวย!! ถล่มบรูไน 9 ลูก ศุภณัฏฐ์ซัดสี่ลูก ในชิงแชมป์เอเชีย รอบคัดเลือกFull-Time หมดเวลาการเเข่งขัน…

Posted by ช้างศึก on Monday, 4 November 2019

Dalam kedudukan kumpulan G pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022, Thailand menungguli carta dengan 7 mata diikuti oleh Vietnam dengan perbezaan gol dan perlawanan bertemu Malaysia itu nanti adalah amat penting bagi Akira Nishino untuk mencerahkan peluang mereka layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia serta mengesahkan tempat dalam Piala Asia 2023.

Baca juga artikel menarik bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Skuad Kebangsaan Thailand Mulakan Sesi Latihan Pusat, 4 Pemain Bintang Sertai Kem Minggu Hadapan

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Chanathip Songkrasin Dan Thitipan Puangchan Dipanggil Sertai Latihan Menjelang ‘Laga’ Malaysia Dan Vietnam

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group