Pemain muda Thailand yang berjaya mencuri tumpuan ramai dalam beberapa saingan yang memiliki merit yang lebih besar, Suphanat Mueanta, kini genap berusia 18 tahun.

Menganjak ke usia itu, berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh FAT, Suphanat Mueanta telah berjaya tampil bersama skuad kebangsaan Thailand sebanyak 3 kali sepanjang 2019.

Beliau yang merupakan pemain kelab Buriram United, telah diturunkan dalam 50 perlawanan bersama kelab itu selain menjaringkan 12 gol.

Diperingkat lebih tinggi, Suphanat Mueanta juga telah memiliki rekod penampilan dalam kejohanan kelab paling berprestij di Asia, AFC Champions League serta muncul sebagai penjaring gol paling muda dalam kejohanan ini.

Mengikut apa yang telah dimiliki oleh Suphanat Mueanta, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri untuk pemain pada usia sebayanya berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi.

Beliau beraksi untuk sebuah kelab tersohor Thailand, diturunkan dalam perlawanan kompetitif domestik kelab dan juga antarabangsa dan juga diberi kepercayaan menyarung jersi kebangsaan skuad senior Thailand.

pspq0ynwhm4uupcv9lim

Maka tidak hairanlah sekiranya beliau kini digelar sebagai pemain utama masa depan negara itu jika terus mempamerkan aksi yang terbaik diatas padang.

Mungkin ada yang tidak tahu, beliau sering digandingkan bersama abangnya iaitu Supachok Sarachat dan dikatakan adiknya juga kini beraksi dengan akademi Buriram United.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Kelab Singapura Ini Jual Beras Secara Online Melalui Lazada Dan Shopee, Saluran Pendapatan Untuk Operasi

Malaysia LNG Pernah Muncul Selaku Penaja FC Tokyo, Tidak Ramai Peminat Bola Malaysia Tahu

TMJ: “Gagal Untuk Membayar Gaji Adalah Kegagalan Paling Besar Seorang Pemimpin.”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group