Bintang muda skuad kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta berazam untuk beraksi dalam saingan La Liga sekaligus mengikut jejak langkah idola beliau iaitu Lionel Messi.

Dalam satu sesi Instagram Live, Suphanat berkata beliau mahu menampilkan prestasi terbaik di setiap perlawanan agar berpeluang beraksi di salah satu liga terbaik dunia itu.

Suphanat Mueanta
Suphanat dicanang sebagai pengganti kepada Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Bao Giao Thong

“Saya mahu beraksi di La Liga kerana idola saya ialah Lionel Messi. La Liga merupakan salah satu liga terbaik di dunia.

“Saya mahu membuktikan bahawa saya mampu beraksi di Sepanyol. Apabila saya beraksi di La Liga kelak, maka kehidupan sebagai pemain bola sepak profesional akan terasa lebih sempurna bagi saya,” kata Suphanat.

Pemain berusia 18 tahun itu mula menjadi perhatian selepas menjadi penjaring gol termuda dalam saingan AFC Champions League (ACL) pada musim 2019 lalu.

Suphanat Mueanta
Sumber Gambar:Buriram United

Selain itu, prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Suphanat bersama Buriram United serta skuad B-22 Tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pengganti kepada Teerasil Dangda dalam pasukan senior Thailand.

Teerasil sendiri pernah beraksi di divisyen pertama liga bola sepak Sepanyol apabila menyarung jersi Almeria pada musim 2014/2015.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Thailand di sini:

Pemain Asia Tenggara Yang Mampu Menyinar Dalam Saingan J. League

Samut Prakarn City Enggan Jual Jaroensak Wonggorn Ke Muangthong United

Chiangrai United Tolak Bidaan Sebanyak RM7.4 Juta Dari Muangthong United Untuk Dapatkan Ekanit Panya