Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain sayap skuad kebangsaan Thailand, Supachok Sarachat menyumbang satu assist pada penampilan sulungnya bersama Hokkaido Consadole Sapporo dalam perlawanan Liga Jepun baru-baru ini.

Supachok diletakkan di bangku simpanan pada aksi menentang Shonan Bellmare dan beliau dimasukkan pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke-68 dan diletakkan di posisi sayap kanan. Pada minit ke-72, Supachok membuat larian pantas di sebalah kanan dan beliau memberikan bola kepada Ryota Aoki untuk menjaringkan gol kelima Consadole.

Empat lagi gol dijaringkan oleh Yoshiaki Komai pada minit ke-9, Shinzo Koroki pada minit ke-14, Hiroki Miyazawa pada minit ke-41 dan Shunta Tanaka pada minit ke-69 sekaligus memberikan kemenangan setelah mengalami tiga kekalahan dan dua seri pada lima perlawanan terakhir.

Prestasi yang ditampilkan oleh Supachok nyata mendapat pujian ramai dimana beliau terus menampilkan aksi terbaik pada perlawanan sulungnya sekaligus menjadi bukti kemampuan yang dimiliki oleh pemain berusia 25 tahun itu.

Supachok Sarachat terpaksa menunggu selama tiga perlawanan sebelum ini dan beliau akhirnya mendapat peluang untuk turun dalam saingan liga sekaligus menjadi titik dimana pengendali Consadole, Mihailo Petrovic sudah percaya dengan kemampuan pemain itu.

Kemenangan ke atas Shonan meletakkan Consadole di tangga ke-11 dalam carta liga sekaligus meredekan sedikit tekanan yang dihadapi oleh pasukan ekoran lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan sebelum ini.

Pada aksi seterusnya, Consadole akan turun menentang Vissel Kobe di laman sendiri dan Supachok sekali lagi berpeluang untuk diturunkan mengambil kira daripada prestasi yang ditampilkan oleh pemain itu pada perlawanan menentang Shonan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Tiga Negara Sahkan Penyertaan Dalam King’s Cup 2022

TMJ Beri Bayangan Papu Gomez Bakal Beraksi Bersama JDT

Brad Maloney Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Australia B-17