Dua bintang muda skuad kebangsaan Thailand, Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta mahu mengikut jejak langkah Chanathip Songkrasin yang ketika ini beraksi dalam saingan Liga Jepun.

Supachok dan Suphanat merupakan dua pemain muda yang sedang meningkat naik baik bersama pasukan kebangsaan mahukan bersama kelab mereka iaitu Buriram United.

Supachok Sarachat
Suphanat Mueanta bersama skuad kebangsaan Thailand.

Supachok merupakan pemain berusia 22 tahun dan beliau sudah menjadi pilihan utama pengendali skuad Gajah Perang, Akira Nishino untuk membarisi kesebelasan utama dalam saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Suphanat pula beraksi di posisi penyerang dan pemain berusia 17 tahun ini mencipta sejarah sebagai penjaring termuda dalam saingan AFC Champions League (ACL) dan penjaring termuda dalam saingan AFC B-23 Tahun.

Kedua-dua pemain ini mempunyai sasaran tersendiri dan mereka memilih kelab yang beraksi dalam saingan J1 sebagai sasaran jika beraksi di Jepun.

Supachok Sarachat
Sumber Gambar: Buriram United

“Saya mahu menyarung jersi Urawa Reds Diamond. Saya berpeluang untuk menghadapi mereka di pentas Asia dan merasakai suasana beraksi di stadium mereka.

“Saya mahu beraksi bersama Urawa sekiranya mempunyai peluang beraksi di J. League,” kata Supachok Sarachat.

“Saya pula memilih Kashima Antlers. Saya sering melihat kelab ini beraksi ketika bersama skuad B-16 tahun Thailand yang ketika itu berlatih di Jepun.

“Mereka juga mempunyai ramai pemain berkualiti dan saya mahu beraksi bersama Kashima jika mempunyai peluang,” kata Suphanat.

Baca artikel lain mengenai pemain skuad kebangsaan Thailand di sini:

Kelab Perlu Bayar RM4.3 Juta Jika Mahu Dapatkan Suphanat Mueanta

Nike Hadiahkan Kasut Khas Untuk Suphanat Mueanta Selepas Pecahkan Rekod Dalam AFC U23 2020

Supachok Sarachat, Bintang Meningkat Naik Bola Sepak Thailand