Pemain Muda Thailand nampaknya menarik minat beberapa kelab di Eropah apabila tiga kelab dari Portugal dilaporkan sedang memerhatikan perkembangan Supachok Sarachat.

Salah sebuah tempatan melaporkan tiga kelab yang sedang memerhatikan perkembangan Supachok ialah Portimonense SC, Famalicao dan salah sebuah kelab gergasi dalam saingan Primeira Liga iaitu Sporting Lisbon.

Sarachat

Supachok Sarachat. Sumber Gambar: Bangkok Post

Sporting terkenal kerana mereka telah melahirkan beberapa pemain bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Nani dan Joao Moutinho. Pada awal tahun ini, mereka menjual ketua pasukan, Bruno Fernandes kepada Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut SMM Sports, kontrak Supachok bersama Buriram United akan berakhir pada 30 November ini dan pemain berusia 22 tahun itu mungkin akan berhijrah ke Eropah pada tahun hadapan.

Sarachat

Bruno Fernandes merupakan salah satu bekas pemain Sporting Lisbon

Namun, sehingga saat ini masih tiada sebarang pencerahan daripada tiga kelab tersebut serta Buriram United mengenai status Supachok.

Pemain sayap itu turut menjadi pilihan utama Akira Nishino dalam skuad kebangsaan Thailand, terutamanya pada perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai Supachok Sarachat di sini:

Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta Mahu Ikut Jejak Langkah Chanathip Songkrasin

Pemain Asia Tenggara Yang Mampu Menyinar Dalam Saingan J. League

Supachok Sarachat, Bintang Meningkat Naik Bola Sepak Thailand

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group