Seperti yang kita sedia. Pasukan yang diberi gelaran skuad Gajah Perang ini merupakan juara terbanyak saingan Piala AFF dengan 5 kejuaraan.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, pemain Thailand sering mendapat sorotan dari kelab gergasi Asia dan juga Eropah. Nama-nama seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Thitipan Puangchan dan Kawin Thamsatchanan kini beraksi dalam saingan J League dan Belgium Jupiler League.

Akan tetapi, ada nama baharu yang semakin meningkat naik dan telahpun beraksi bersama pasukan kendalian Akira Nishino itu dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Nama yang dimaksudkan ialah Supachok Sarachat.

Supachok Sarachat
Supachok Sarachat memakai jersi bernombor 7.

Supachok merupakan pemain lulusan akademi Buriram United dimana beliau telah beraksi bersama pasukan senior sejak 2015. Bersama pasukan kebangsaan, pemain berusia 21 tahun ini mula beraksi bersama skuad B-19 tahun dan kemudiannya beliau dinaikkan pangkat dengan dipanggil beraksi bersama skuad B-22 tahun pada 2017.

Pada tahun yang sama, ketika Thailand dibimbing oleh Milovan Rajevac, Supachok dipanggil bagi beraksi bersama pasukan senior untuk menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang pasukan Iraq. Beliau membuat penampilan pertama apabila menggantikan Chanathip Songkrasin pada separuh masa kedua.

Apabila Akira Nishino mengambil alih daripada Rajevac, Supachok Sarachat sekali lagi menjadi pilihan untuk mengisi bahagian serangan disamping pemain muda yang lain seperti Supachai Jaided. Pada perlawanan menentang Indonesia Selasa lalu, Supachok berjaya menjarinkan dua gol.

Supachok Sarachat
Supachok Sarachat

Tidak mustahil Supachok terus mengisi jentera serangan skuad kebangsaan Thailand sekaligus menggantikan dua penyerang yang sebelum ini sentiasa menjadi pilihan iaitu Teerasil Dangda dan Adisak Kraisorn. Apa yang perlu dilakukan ialah beliau beraksi konsisten bersama Buriram dalam saingan Thai League 1 bagi memastika Akira terus menyenaraikan beliau.

Baca artikel lain mengenai Supachok Sarachat dan pemain muda Thailand yang lain di sini:

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

Kenali Jaroensak Wonggorn, Permata Baharu Pasukan Kebangsaan Thailand