Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dilaporkan menerima tawaran dari beberapa kelab sekitar Asia sebelum mengesahkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut perkongsian ejen pemain, Insa Project Global Group di laman media sosial Instagram, terdapat pasukan dari Korea Selatan, Jepun dan Qatar berhasrat untuk mendapatkan khidmat Sumareh.

Namun, bekas pemain sayap Sri Pahang itu memutuskan untuk kembali beraksi dalam saingan liga domestik dengan menyertai JDT setelah menghabiskan masa setengah musim di Thailand bersama Police Tero FC.

Penghrijahan Sumareh ke JDT menyaksikan kelab itu kini memiliki dua pemain sayap utama pasukan kebangsaan di samping Safawi Rasid selain mempunyai pemain import, Gonzalo Cabrera.

Tidak hanya tiga pemain di atas, skuad kendalian Benjamin Mora turut mempunyai dua pemain sayap lain di bangku simpanan iaitu Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid.

Selain Sumareh, JDT juga melengkapkan perpindahan bekas ketua pasukan, Safiq Rahim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Khalid Ali Gesa Mohamadou Sumareh Memohon Maaf

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021