Pemain naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Sri Lanka dengan penuh bergaya.

Beliau membuktikan kehadirannya dalam skuad Harimau Malaya itu sememangnya berbaloi apabila berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh 6 minit, selepas dimasukkan pada minit ke 46 perlawanan menggantikan Shahrel Fikri.

Pemain Pahang FA itu yang sebelum ini mengundang kegusaran apabila tidak muncul dalam kem latihan selain menjadi tonik kepada skuad kebangsaan berjaya menutup mulut netizen yang meragui kemampuannya.

Pencapaian Sumareh dalam debut bersama skuad Harimau Malaya ini diharapkan akan terus konsisten membantu menaikkan prestasi pasukan kebangsaan dimasa akan datang.

Terima kasih semua pemain Harimau Malaya!