Kasut emas Khalid Jamlus yang sebelum ini dilelong melalui laman sosial Facebook, akhirnya kini mempunyai pemilik yang sebenarnya apabila DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan itu.

Majlis penyerahan ringkas kasut emas tersebut telah berlangsung di Istana Alam Shah, Klang dan akan diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Walaubagaimana pun tiada sebarang nilai pembelian dinyatakan namun ia bertukar tangan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

14 September 2020 ~DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli Kasut Emas milik bekas…

Posted by Selangor Royal Office on Sunday, 13 September 2020

Dengan ini, maka terlerailah sudah kisah siapa pemilik kasut emas Dunhill Liga Perdana 2002 itu selepas beberapa cerita mengatakan ada individu lain yang lebih dahulu memenangi bidaan, tetapi dikatakan ada perbincangan lanjut selepas itu untuk ‘meletakkan’ harga anugerah itu pada harga yang sepatutnya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

TMJ: 1 Atau 2 Penalti Untuk Terengganu Dan 1 Kad Merah Untuk Dominic Silva, Pengadil Gagal Kawal Perlawanan Dengan Baik

Isu Pengadil: Penjaga Gol Sabah Terkeluar Dari Posisi, Sepakan Penalti PJ City Perlu ‘Retake’ Atau Tidak?

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group