Yayasan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini telah menerima sumbangan peribadi sebanyak RM30 Juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda berkenan menyampaikan dana berkenaan kepada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ) di Istana Bukit Pelangi dan bertitah kurniaan itu adalah bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Yayasan JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Ibrahim atas keprihatinan Tuanku mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM30 juta.

“Kurniaan tersebut adalah bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang memerlukan dan juga untuk pembangunan bola sepak negeri Johor,” Menurut kenyataan di Facebook Yayasan JDT hari ini.

Yayasan JDT didaftarkan secara rasmi pada 24 Ogos 2016 dan ia bukan sahaja ditubuhkan untuk kejayaan pasukan bola sepak JDT tetapi turut  mengumpul dana dan menyediakan bantuan kepada rakyat di negeri Johor melalui pendidikan, kesihatan, sosial, sukan, tenaga dan konsultasi.

Malah, para penyokong harimau selatan juga boleh menyertai pelbagai aktiviti dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dianjurkan oleh yayasan ini.

Yayasan JDT merupakan rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) untuk melaksanakan program agihan bantuan bakul makanan kepada setiap isi rumah yang layak di seluruh negeri Johor.

Mereka juga akan menganjurkan satu lagi program CSR iaitu YJDT Save Earth and Clean Campaign dimana aktiviti pembersihan pantai dan lukisan mural di sekitar Pulau Tinggi akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kebersihan alam sekitar.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kelantan FC Jana RM43,972 Hasil Jualan Siaran ‘Pay-Per-View’ Dan Jersi Edisi Khas Bertemu Perak II

Lebih 30 Pemain Akan Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian