Pasukan B-23 Tahun Malaysia gagal untuk meraih pingat emas dalam acara bola sepak temasya Sukan SEA 2021 apabila tewas kepada Indonesia menerusi sepakan penalti.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan menyerang namun masing-masing gagal untuk mencipta jaringan.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah terikat dengan keputusan 1-1 selepas 90 minit beraksi hasil dari jaringan Ronaldo Kwateh dan Hadi Fayyadh pada separuh masa kedua.

Hadi dan Luqman Hakim gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi pasukan negara sekaligus memberikan kemenangan 4-3 kepada Indonesia dan skuad Garuda berjaya memenangi pingat gangsa acara bola sepak.

Kekecewaan jelas dilihat di wajah Hadi dan Luqman dimana penyerang Azul Claro Numazu itu dilihat menangis kerana gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti.

Selepas beraksi dalam temasya Sukan SEA 2021, Malaysia selepas ini akan terbang ke Uzbekistan bagi menghadapi saingan AFC B-23 Tahun yang akan bermula pada awal Jun nanti.

Pasukan negara diletakkan dalam kumpulan C bersama Korea Selatan serta dua lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

XOX Pantas Mulakan Pembayaran Tunggakan Gaji Perak FC

Brendan Gan Bersemangat Tinggi Dapatkan Kembali Tahap Kecergasan

Hairuddin Omar: Tidak Wajar Samakan Individu Dengan Tokong