Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Status Vietnam sebagai juara bertahan langsung tidak menggentarkan skuad bawah 23 tahun Malaysia (B-23) apabila mereka bakal bertemu di peringkat separuh akhir acara bola sepak Lelaki Sukan SEA 2021 pada malam esok.

Biarpun Vietnam mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri, pengendali skuad negara, Brad Maloney mahu anak buahnya tamatkan perjuangan pasukan tuan rumah dalam tempoh 90 minit bagi mengelakkan perlawanan diheretkan ke masa tambahan.

“Kami baru sahaja bermain dalam satu perlawanan beberapa hari lepas. Terdapat beberapa perubahan taktikal dalam perlawanan itu. Kami juga membuat persiapan rapi untuk perlawanan separuh akhir menentang Vietnam.

“Tiada pasukan yang mahu bermain lebih 90 minit. Kami akan cuba berjuang dan berharap dalam menewaskan Vietnam dalam tempoh 90 minit,” katanya ketika sidang media.

FOTO: FAM

Para media Vietnam sempat bertanya kepada Maloney mengenai perancangan skuad negara untuk berdepan pasukan kendalian Park Hang Seo walaupun hanya sempat mengenai menjalani satu sesi latihan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Viet Tri.

“Saya tidak pernah berkata mahu mengelak daripada bertemu tuan rumah, Vietnam. Saya kata, kami akan lakukan yang terbaik berdepan pasukan kuat. Saya menghormati kekuatan pasukan Vietnam tetapi Malaysia lebih bersedia untuk berdepan mereka.

“Seperti yang saya kata, Vietnam pasukan yang kaut, Mereka ada pemain yang berkualiti ditambah pula dengan kehadiran 3 pemain lebih umur (23 tahun). Malaysia pula dibarisi oleh ramai pemain muda.

“Saya tidak pilih pemain lebih umur kerana mahu mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan Piala Asia B-23. Sudah tentu, kami mahu melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini,” jelas Maloney.

Sementara itu, ketua pasukan, Mukhairi Ajmal menjelaskan beliau dan rakan sepasukan akan bermain habis-habisan untuk memastikan tiket ke perlawanan akhir menjadi milik skuad negara.

“Perlawanan separuh akhir adalah berbeza dengan saingan kumpulan kerana semangat dan kenyakinan kita berbeza. Insya Allah saya percaya dengan rakan sepasukan dan kita boleh beri kejutan kepada rakyat Malaysia.

“Kami mengharapkan sokongan semua pihak dan dengan doa ibu bapa kami serta rakyat Malaysia, kami boleh buat yang terbaik untuk negara. Kami akan berikan segalanya untuk layak ke final,” kata Mukhairi dipetik kepada Bernama. 

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

De Paula Kembali Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Hadapi Kelayakan Piala Asia 2023

Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Sudah Mula Dijual

Sukan SEA: Dua Jaringan Luqman Bantu Malaysia Tewaskan Laos

Nooa Laine Tidak Akan Beraksi Di Sukan SEA

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group