Tamat sudah cabaran skuad B-23 tahun negara dalam temasya Sukan SEA edisi 2021 apabila menamatkan saingan di tempat keempat setelah tewas kepada Indonesia pada perlawanan penentuan pingat gangsa.

Sejurs selepas itu, Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengeluarkan rumusan prestasi atlet negara yang beraksi di Hanoi dan mereka meletakkan skuad bola sepak lelaki dalam kategori gagal.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Syakirah Zulkifly dimana turut menemani skuad B-23 tahun negara ialah pasukan futsal lelaki negara yang menamatkan saingan di tangga tercorot, tanpa sebarang kemenangan dan hanya meraih satu mata.

Sebelum temasya berlangsung, ketua jurulatih skuad B-23 tahun negara, Brad Maloney tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap pasukan dimana beliau mahu melihat prestasi pemain sebelum beraksi di saingan AFC B-23 di Uzbekistan pada Jun ini.

Selain itu, Brad juga tidak membawa pemain lebih umur dimana beliau mahu memberikan peluang kepada pemain muda negara untuk membawa cabarang dalam temasya Sukan SEA edisi kali ini.

Meskipun tidak diletakkan sebarang sasaran, namun pasukan negara menampilkan prestasi yang baik dimana mereka berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan di belakang Thailand sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Ketika tewas kepada Vietnam di peringkat separuh akhir dan Indonesia di aksi penentuan pingat gangsa, pasukan negara mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan namun gagal untuk memanfaatkan peluang yang dimiliki.

Setelah tamat aksi di Hanoi, Brad dan staf kejurulatihan perlu segera memperbaiki kelemahan yang ada sebelum skuad kebangsaan terbang ke Tashkent bagi menghadapi saingan AFC B-23 tahun yang dijadualkan bermula pada 2 Jun ini.

Pasukan negara diletakkan dalam kumpulan C bersama Korea Selatan serta dua lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam.

Melihat kepada pasukan yang berada dalam kumpulan C, Malaysia mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Pada saingan edisi 2018, pasukan negara yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee berjaya mara ke peringkat suku akhir namun tewas kepada Korea Selatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Sukan SEA: Tewas Kepada Indonesia, Malaysia Gagal Raih Pingat Gangsa

Brendan Gan Bersemangat Tinggi Dapatkan Kembali Tahap Kecergasan

Hairuddin Omar: Tidak Wajar Samakan Individu Dengan Tokong